MPSJ lebar jaringan sosial, salur infomasi guna Twitter

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 12 JUN : Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memperluaskan lagi jaringan media sosialnya dengan mewujudkan akaun Twitternya, JPMasyarakat MPSJ.

Inisiatif tersebut digerakkan MPSJ sebagai usaha menambah perkhidmatan dan kemudahan terbaik kepada warga perbandaran Subang Jaya.

MPSJ“Kini Jabatan Pembangunan Masyarakat MPSJ mempunyai (akaun) Twitter bagi menyalurkan informasi kepada warga Subang Jaya!

“Jom follow kami di Twitter,” kata MPSJ menerusi kenyataan pada Facebook, Jabatan Pembangunan Masyarakat MPSJ.

Untuk rekod, penggunaan media sosial diyakini mampu memberikan manfaat kepada masyarakat untuk mendapatkan kemudahan lebih berkesan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Kerajaan Negeri juga sebelum ini turut menggalakkan penggunaan teknologi maklumat dengan menggunakan aplikasi media sosial agar lebih responsif terhadap aduan rakyat.

Pada masa sama, Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang, Gan Pei Nei juga pernah mencadangkan penggunaan media sosial dalam urusan pentadbiran ketika membahaskan Belanjawan Negeri sebelum ini.

“Dengan cara ini lebih memudahkan rakyat membuat aduan hanya dengan PBT membuka FB, Twitter atau Emel pegawai,” katanya.

EZY


Pengarang :