C4: Warta Akta MKN bukti Najib pemimpin diktator

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 12 JUN : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak digesa tampil memberikan penjelasan berhubung perwartaan Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dilaksanakan tanpa mendapat perkenan Diraja.

Pengarah Pengarah Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), Cynthia Gabriel, berkata tindakan tersebut merpelihatkan pemerintahan ala diktator diamalkan Najib Razak.

najibwsj“Tindakan drastik Najib untuk menutup ruang kritikan masyarakat sivil untuk terus membiarkan negara ini ditadbir ala diktator dengan menggunakan undang-undang zalim untuk menyembunyikan salah laku dan rasuah.

“Untuk menjaga akauntabiliti dan pentadbiran negara yang baik, C4 menyeru agar Najib memberi penjelasan terhadap perkara ini.

“Jika ia dibiarkansememangnya tindakan ini tidak pernah berlaku selain hanya akan menuju ke arah kediktatoran,” katanya dalam kenyataan media.

Sebelum ini, Majlis Raja-Raja meminta Kerajaan memperhalusi perwartaan Rang Undang-Undang MKN yang memberi kuasa kepada Majlis Keselamatan Negara membuat pengiystiharan darurat.

Namun Rang Undang-Undang MKN pada 18 Febuari lalu diperkenankan secara automatik di bawah Perkara 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan.

Rang Undang-Undang itu sebelum ini diluluskan di Parlimen pada 22 Disember tahun lalu.

Cynthia berkata, Perdana Menteri sewajarnya perlu lebih komited untuk memerangi rasuah dalam usaha memperkasakan Pelan Transformasi beliau.

“Jika Najib tidak komited untuk melaksanakan program dicetuskanmsendiri, selain ketidakseriusan beliau untuk memerangi rasuah, adalah lebih baik Najib berundur.

“Pengundurannya tentu dapat membuka jalan pembaharuan demokrasi sebenar di negara ini,” katanya.

EZY


Pengarang :