LZS hulur bantuan mangsa kebakaran Kampung Sri Tiram Jaya

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 13 JUN: Sejumlah RM5,000 bantuan zakat dihulurkan buat mangsa kebakaran rumah di Kampung Sri Tiram Jaya, Kuala Selangor.

Sejurus menerima berita, Lembaga Zakat Selangor (LZS) bersama Nazir Masjid, Ketua Kampung dan pemimpin setempat hadir untuk menyampaikan bantuan.

LZS bantu rumahMenerusi laman Facebook LZS, mangsa dilaporkan seorang warga emas berstatus ibu tunggal, Samijan Samingan, 77.

“Bantuan zakat sebanyak RM5,000 dihulurkan bagi meringankan beban makcik Samijan,” menurut kapsyen LZS.

Semalam, rumah Samijan musnah dijilat api dalam kebakaran sekitar jam 8 pagi.

LZS bantuBeliau yang juga merupakan pemilik rumah berkenaan bagaimanapun sempat menyelamatkan diri.

Semasa kebakaran, beliau tinggal seorang diri manakala anak bujang yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dalam perjalanan pulang.

EZY


Pengarang :