Kolej Putra Intelek jalin kerjasama pendidikan, lahir graduan berkualiti

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

PUCHONG, 13 JUN : Pemeteraian Memorandum MOU antara Kolej Antarabangsa Putra Intelek dan MyPPP mampu menjana kepada peluang pendidikan yang lebih luas kepada graduan kolej itu.

Presiden Kolej, Dr Barathan Muniyandi, berkata perjanjian tersebut juga bakal memberi manfaat jangka panjang kepada pelajar.

“Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi bertaraf lima bintang di Malaysia dengan pengiktirafan sebagai 20 pusat pengajian swasta terbaik di Malaysia.

“Kami terus konsisten melahirkan graduan berdaya saing mengikut kehendak pasaran,” katanya.

Putra IntelekBeliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani MOU perjanjian bersama MyPPP di Kolej Putra Intelek, Bandar Puteri Puchong, di sini.

Pada masa sama, pemeteraian MOU tersebut menyaksikan penyerahan sumbangan berbentuk replika cek sebanyak RM2.1 juta diserahkan kepada pihak kolej bagi tujuan pembiayaan dan kemudahan infrastruktur kolej.

Dalam perkembangan sama, alumni kolej, R. Sengghina yang pernah mengikuti pengajian jangka panjang juga turut hadir menyerahkan sumbangan peribadi kepada pihak kolej susulan kejayaan dan kecemerlangan beliau selepas tamat pengajian.

Sebelum ini, Kolej Putra Intelek menerima pengiktirafan tertinggi menerusi Sistem Penilaian Kualiti Kolej Swasta 2011/2012 oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dalam kategori berasaskan kluster iaitu Sains Sosial, Pengurusan Dan Undang-Undang.

EZY


Pengarang :