15,000 tong sampah percuma ke seluruh negeri

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 15 JUN: Kerajaan Negeri meneruskan program mengedar sebanyak 15,000 tong sampah kepada penduduk di taman perumahan dan kampung di seluruh Selangor.

Exco Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah, berkata program melibatkan peruntukan kira-kira RM1.27 juta itu dilaksanakan selepas mendapat kelulusan Kerajaan Negeri pada tahun lalu.

tong samopah“Satu tong sampah ini berharga RM85, iaitu jauh lebih rendah daripada harga di pasaran iaitu lebih RM100. kita akan beri 1,000 unit dalam kawasan Sabak Bernam.

“Ini susulan daripada kelulusan Kerajaan Negeri tahun lepas. Tahun ini kita teruskan usaha kita memberi tong sampah di Selangor sebanyak 15,000 seluruh Selangor,” kata Hian Wah.

Beliau berkata demikian pada program Majlis Pengedaran Tong Sampah Percuma di Gelanggang Bola Keranjang Berbumbung Sen Fak Sua Kong, Bagan Sungai Besar di sini, semalam.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri turut mengedarkan 3,000 tong sampah ini di beberapa lokasi di dalam kawasan beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT).

Antara PBT yang sudah diedarkan termasuklah Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan lain-lain PBT.

EZY


Pengarang :