OLEH : NORHAYATI UMOR
PETALING JAYA, 11 JUN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menguatkuasakan kempen tidak menggunakan polisterin di semua premis makanan bawah pentadbirannya bermula 1 September.
Datuk Bandarnya, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata perlaksanaan itu dilakukan secara berperingkat.
“Kita mahu memberi kesedaran kepada semua pihak dalam perlaksanaan ini dan ia berjaya mengurangkan sampah di kawasan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Bazar Ramadan Mampan di SS6/1, di sini.
Mohd Azizi berkata peringkat awal, MBPJ akan mengeluarkan notis pemberitahuan sebelum tindakan kompaun yang akan dikaji selepas itu.
“Kita mahu supaya semua pihak bersedia perlaksanaan ini sebab itu kita hanya berikan mereka notis terlebih dahulu.
“Selepas itu, pihak MBPJ memainkan peranan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
EZY