MPSJ anjur program pembangunan sukan, galak belia produktif

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 11 JUN : Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menganjurkan program Pembangunan Sukan peringkat MPSJ bagi menggalakkan golongan muda secara aktif melalui aktiviti riadah sukan dengan lebih produktif.

Program berteraskan pembangunan sukan Muay Thai dan Silat Cekak Pusaka Hanafi terbuka kepada masyarakat Perbandaran Subang Jaya di Stadium MPSJ, Serdang Jaya, bermula sejak Jun lalu.

unnamed (3)Bagi program kesukanan Muay Thai, yuran pendaftaran serendah RM40.00 sebulan dengan kelas dibuka setiap jam 8.00 hingga 9.00 pagi dan jam 9.00 hingga 10.00 pagi.

Kelas pembelajaran dibuka kepada masyarakat berumur 18 tahun ke bawah. Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Puan Faznur di talian 013-7479527.

Sementara bagi program sukan Silat Cekak Pusaka Hanafi, kelas dibuka setiap Selas dan Jumaat bermula jam 9.00 malam hingga 11.00 malam.

Yuran pendaftaran serendah RM60.00 setiap sesi dan kelas dibuka kepada lelaki dan wanita Islam berumur 13 tahun ke atas.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Encik Amir di talian 012-2794773.

EZY


Pengarang :