MBI terima lawatan delegasi bisnes China tinjau peluang

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 13 JUN: Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) menerima kunjungan delegasi seramai 25 ahli perniagaan daripada China pagi ini.

Rombongan daripada Wilayah Jiangsu itu disambut Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Raja Shahreen Raja Othman.

Lawatan Delegasi China ke MBI (ASRI) (3)Wakilnya, Chia Saw Kee, berkata delegasi berhasrat meninjau peluang pelaburan dan perniagaan di Selangor.

“Delegasi sememangnya berhasrat meneroka lebih banyak projek di Malaysia.

“Apalagi mereka mempunyai kedudukan kewangan baik dan teknologi yang bagus untuk ditawarkan.

“Sekiranya ada peluang baik di Selangor, delegasi pastinya akan kembali untuk perbincangan lebih serius,” katanya kepada Selangor Kini.

Saw Kee berkata, delegasi yang terdiri daripada 25 syarikat pembinaan itu sudah memeterai beberapa projek mega di Kuala Lumpur.

Sejurus selesai, mereka kemudian bergegas ke Kuala Lumpur bagi menemui Datuk Bandar, Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz.

EZY


Pengarang :