PRK Sungai Besar: Pengundian awal libat 286 pengundi

SUNGAI BESAR, 14 JUN: Pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar melibatkan 286 anggota polis dan pasangan masing-masing, berlangsung di dua tempat mengundi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Sabak Bernam di sini, hari ini.

Dua tempat mengundi berkenaan ialah di Bilik Cawangan Latihan/Sukan bagi pengundi awal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang dan Bilik Cawangan Latihan/Sukan IPPD 1 bagi pengundi awal DUN Sekinchan.

Pusat pengundian awal dibuka dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang bagi DUN Sungai Panjang manakala bagi DUN Sekinchan, ia dibuka dari jam 8 pagi hingga jam 2 petang.

PRK

Parlimen Sungai Besar mempunyai 42,655 pemilih berdaftar dengan pengundi biasa seramai 42,365 orang, pengundi awal (286) dan pengundi tidak hadir (4) kerana berada di luar negara.

 

PRK Parlimen Sungai Besar ditetapkan pada 18 Jun.

 


Pengarang :