SEMESTA sumbang generator mudahkan pelajar INPENS

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 14 JUN: Kolej Antarabangsa Inpens (INPENS) menerima sumbangan enam unit generator daripada Kumpulan Semesta (SEMESTA) bagi memudahkan pelajar mendalami kursus elektrik.

Pengurus Komunikasi Korporat INPENS, Jefri Mejan, berkata ia ekoran peningkatan pelajar bagi kursus itu yang kini meningkat kepada 153 pelajar.

Katanya keadaan itu menyebabkan sesi pembelajaran sedikit terbatas kerana kelengkapan tidak mencukupi.

13315687_1218043714894208_2504460027548490283_n“Atas jasa baik Kumpulan SEMESTA meluluskan permohonan INPENS, kelengkapan ini memudahkan pelajar menerima pendedahan dengan lebih fokus dan meluas,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Jefri berkata, hari ini INPENS menerima empat unit generator manakala dua unit lagi diterima dalam waktu terdekat.

“Ia penting bagi pelajar elektrik kerana kini mereka bukan sekadar mempelajari pendawaian tetapi sesi pembelajaran lebih meluas seperti belajar memperbaiki generator, pam air dan sebagainya.

13434746_1218043791560867_5679278869105211084_n“Kursus elektrik juga adalah kedua teramai pelajarnya selepas kursus automotif iaitu seramai 165 pelajar,” katanya.

INPENS merupakan kolej memberi tumpuan kepada program teknikal dan berpacukan industri dengan kemahiran vokasional berasaskan National Occupational Skill Standards (NOSS).

Ia juga diperakui oleh Kementerian Sumber Manusia dan juga dikawal selia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

EZY


Pengarang :