200 wanita sertai Diskusi Khas Muslimat Semarak Ramadan

OLEH: LIZAWATI MADFA

KLANG, 15 JUN: Hampir 200 wanita menyertai program Diskusi Khas Muslimat sempena Semarak Ramadan 2016 peringkat daerah ini, hari ini.

Bertempat di Masjid Ahmadi, majlis perasmian penutup disempurnakan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi.

CP2A3760Daroyah berkata, ia merupakan program sulung tahun ini sebelum dilaksanakan di kesemua sembilan daerah di Selangor.

“Kita menerima sambutan menggalakkan dalam kalangan wanita yang dahagakan ilmu seperti bacaan Al-Quran dan sebagainya.

“Usaha ini selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memberdayakan wanita dari segi rohani dan jasmani,” katanya kepada SelangorKini.

Bermula jam 8 pagi, program antara lain meliputi sesi solat sunat dhuha dan tasbih, zikir munajat, majlis tadarus dan penyampaian ceramah.

Program Diskusi Khas Muslimat mula dilaksanakan di seluruh Selangor pada 2012 dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

EZY


Pengarang :