Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) dan Farhash Wafa Salvador (tiga,kiri) bergambar bersama sempena pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Dewan Beringin Sri Gombak, Batu Caves pada 21 Mei 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Amirudin kekalkan jawatan ketua cabang KEADILAN Gombak

SHAH ALAM, 29 MEI: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari mengekalkan jawatan ketua cabang Gombak.

Beliau yang juga Dato’ Menteri Besar menewaskan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, bekas pengerusi KEADILAN Perak dalam saingan satu lawan satu.

Keputusan tersebut diumum dalam laman sesawang Pemilihan KEADILAN 2022 hari ini.

Keputusan lain menunjukkan Ahli Parlimen Hulu Selangor June Leow Hsiad Hui kalah kepada Dr Sathia Prakash Nadarajan bagi jawatan ketua cabang.

Pertembungan di Shah Alam pula menyaksikan Rodziah Ismail, EXCO negeri yang juga wakil rakyat Batu Tiga, mengalahkan bekas EXCO Yaacob Sapari.

Bekas naib ketua Angkatan Muda KEADILAN pusat Thiban Subramaniam menang ketua cabang Kuala Selangor mengalahkan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Malawati Juwairiya Zulkifli dalam saingan empat penjuru.

Di Ampang, Daing Muhammad Reduan Bachok menang mengatasi cabaran dua artis iaitu Hans Isaac dan Altimet manakala Rafizi Ramli menang  dalam persaingan tiga penjuru di Pandan.

Berikut keputusan pemilihan KEADILAN cabang lain:

Sabak Bernam – Ahmad Mustain Othman
Sungai Besar – Azhar Achil
Tanjong Karang – Mohd Yahya Mat Sahri
Selayang – William Leong Jee Keen
Hulu Langat – M. Rajendra Kumar
Bangi – G. Balamurali
Puchong – M. Anbarasan
Sungai Buloh – R. Sivarasa
Petaling Jaya – Hee Loy Sian
Damansara – Elizabeth Wong
Subang – M. Pravin
Kapar – Azizi Ayob
Klang – Azmizam Zaman Huri
Kota Raja – R. George Gunarajah
Kuala Langat – R. Haridass
Sepang – Borhan Aman Shah


Pengarang :