Petugas Air Selangor melakukan kerja-kerja penyenggaraan dan penambahbaikan di Kolam Air Bukit Dengkil pada 21 Jun 2022. Foto Facebook Air Selangor
AGENDANASIONAL

Kerja tambah baik sistem bekalan air siap 39 peratus

SHAH ALAM, 21 JUN: Kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air yang dilaksana di Kolam Air Bukit Dengkil mencapai tahap 39 peratus setakat 3 petang.

Pengurusan Air Selangor Berhad (Air Selangor) memaklumkan bekalan air akan disalurkan secara berperingkat sebaik kerja itu dijadual siap malam ini.

“Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada pengguna setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan dan sistem bekalan air distabilkan,” kata syarikat itu di Facebook.

Pembaikan bermula 9 pagi ini mengambil masa 24 jam dan syarikat itu menggerakkan lori tangki air ke 47 kawasan dalam wilayah Petaling dengan mengutamakan premis kritikal.

Maklumat lanjut kawasan terlibat dan agihan air dimuatkan di aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi talian 15300.


Pengarang :