Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melancarkan Agro Pelancongan Sungai Panjang ketika melawat reruai Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (Sabda) sempena Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam pada 15 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Pembangunan Sabak Bernam buka banyak peluang ekonomi

SABAK BERNAM, 15 OKT: Kawasan Pembangunan Sabak Bernam (SABDA) bakal menjadi nadi penting kepada pertumbuhan kawasan daerah ini.

Dato’ Menteri Besar berkata perancangan turut menjamin penempatan yang lebih selesa di samping membuka banyak peluang ekonomi membabitkan pelbagai sektor antaranya pertanian, pelancongan dan agrokultur.

“Dalam tempoh lima hingga 10 tahun ini, Sabak Bernam akan diangkat martabatnya dan keluar dari status majlis daerah ke perbandaran. Kita akan teruskan dengan kerajaan sedia ada,” katanya berucap merasmikan Jelajah Selangor Penyayang daerah ini hari ini.

Beliau kemudian melancarkan SABDA yang merupakan inisiatif pembangunan ekonomi keseluruhan daerah ini bawah Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

Program dijangka melibatkan sektor awal dan swasta berjumlah RM1.9 bilion yang boleh menjana hasil tahunan sebanyak RM246 juta setahun selain membekalkan 4,000 peluang pekerjaan.

Ia melibatkan lima kluster iaitu menambah komoditi bernilai tinggi, khidmat sokongan, membangun industri hiliran dan asas tani, meningkatkan sektor pelancongan serta merancakkan pembangunan infrastruktur.


Pengarang :