Air Selangor membuat hebahan menyeru penduduk negeri ini memohon Skim Air Darul Ehsan bagi mendapatkan air percuma. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB pelawa orang ramai manfaat peluang mohon air percuma

SHAH ALAM, 1 NOV: Rakyat Selangor dipelawa memohon Skim Air Darul Ehsan untuk menikmati air percuma sebanyak 20 meter padu.

Dato’ Menteri Besar berkata permohonan yang dibuka sehingga 31 Disember 2024 boleh dibuat menerusi pautan www.airselangor.com

“Di bawah pimpinan Pakatan Harapan telah banyak yang dimanfaatkan oleh warga Selangor dan Skim Air Darul Ehsan merupakan salah satu inisiatif yang diperlukan rakyat,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Facebook.

Beliau berkata lebih 300,000 rakyat Selangor menikmati air percuma setiap bulan dan dijangka sekitar 100,000 lagi bakal menikmatinya dengan kos lebih RM30 juta ditanggung sepenuhnya Kerajaan Negeri.

Bermula tahun ini, had kelayakan Skim Air Darul Ehsan diubah daripada pendapatan bulanan isi rumah bawah RM4,000 kepada RM5,000.

Syarat kelayakan memohon Skim Air Darul Ehsan seperti berikut:

  • warganegara Malaysia dan menetap di Selangor
  • pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
  • premis kediaman mempunyai meter individu
  • hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja

 


Pengarang :