Timbalan Setiausaha (Pembangunan) Kerajaan Negeri Dato’ Johary Anuar (tiga, kanan) dan Timbalan Datuk Bandar MBSJ Mohd Zulkurnain Che Ali (empat, kanan) bergambar bersama pemenang Anugerah Kecemerlangan Inovasi pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MBSJ bagi tahun 2022 di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 17 Februari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

117 kakitangan MBSJ terima anugerah perkhidmatan cemerlang

SHAH ALAM, 18 FEB : Seramai 117 kakitangan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2022 dalam majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam tadi.

Timbalan Datuk Bandarnya Mohd Zulkurnain Che Ali berkata anugerah tersebut merupakan pengiktirafan kepada warga kerjanya dalam menggalas tugas dengan penuh dedikasi.

Menurut beliau, setiap penerima diberi Sijil Simpanan Premium (SSPN) bernilai RM1,000 dan sijil penghargaan.

“Tahniah kepada penerima dan berharap ia menjadi penyuntik semangat untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang, dedikasi dan penuh iltizam.

“Saya berharap anugerah ini mendorong kakitangan lain untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan serta dapat menjadikan MBSJ kekal releven sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) peneraju di negeri ini,” katanya.

Timbalan Setiausaha (Pembangunan) Kerajaan Negeri Dato’ Johary Anuar dan Timbalan Datuk Bandar MBSJ Mohd Zulkurnain Che Ali bergambar bersama penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada Majlis APC MBSJ bagi tahun 2022 di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 17 Februari 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Beliau berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MBSJ 2022 yang dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha (Pembangunan) Kerajaan Negeri Dato’ Johary Anuar.

Pada masa sama, MBSJ turut meraikan 19 pesara yang berkhidmat lebih 25 tahun dan turut menerima sijil penghargaan dan wang sagu hati bernilai RM1,200.

Turut diberi pengiktirafan khas tiga anugerah tambahan iaitu Anugerah Khas Datuk Bandar, Anugerah Khas Inovasi dan Anugerah Khas Sukan yang membawa nama MBSJ sehingga ke peringkat negeri, negara dan antarabangsa.

Timbalan Setiausaha (Pembangunan) Kerajaan Negeri Dato’ Johary Anuar dan Timbalan Datuk Bandar MBSJ Mohd Zulkurnain Che Ali bergambar bersama pemenang Anugerah Kecemerlangan Sukan pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MBSJ 2022 di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 17 Februari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Pengarang :