Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menandatangani plak penyerahan geran peralatan pada Program Pembangunan Usahawan India Selangor (SITHAM) Yayasan Hijrah di Perkarangan Bangunan SUK, Shah Alam pada 12 November 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB saran masyarakat India mohon pinjaman khas kembang niaga, peluang tingkat sosioekonomi

SHAH ALAM, 20 FEB: Masyarakat India yang memerlukan modal untuk meneroka dan mengembangkan perniagaan boleh memohon skim Pembangunan Usahawan India Selangor (Sitham).

Dato’ Menteri Besar berkata program berkenaan dirangka khusus bagi mendorong mereka menjana pendapatan melalui kemahiran keusahawanan sekali gus meningkatkan sosioekonomi.

“Insiatif tawaran Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) ini melatih masyarakat India agar menjadi usahawan mikro berkemahiran .

“Skim ini terbuka bagi mereka yang ingin meneroka peluang perniagaan selain yang memerlukan modal untuk mengembangkan perniagaan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook.

EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail menyerahkan geran peralatan kepada penerima Program Pembangunan Usahawan India Selangor (SITHAM) di Taman Desa Utama, Klang pada 9 Februari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Amirudin berkata program berkenaan merangkumi latihan, bimbingan dan geran bantuan peralatan perniagaan dengan hampir 4,500 usahawan menerima pembiayaan RM70 juta dari Januari hingga Julai tahun lalu.

“Warga Selangor yang berminat diseru memohon skim ini untuk manfaat perniagaan,” katanya.

Selain Sitham, Hijrah turut menawarkan skim i-Bisnes, Zero to Hero, i-Bermusim, Niaga Darul Ehsan (NaDI), Go Digital, i-Lestari dan i-Agro.


Pengarang :