Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar di Istana Alam Shah, Klang pada 18 Februari 2023. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENDANASIONAL

Sultan Selangor terima menghadap Speaker DUN Sarawak, tunjuk koleksi bersejarah Istana Alam Shah

SHAH ALAM, 20 FEB: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, kelmarin.

Baginda yang diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menerima menghadap Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar di Istana Alam Shah, Klang.

Pejabat Diraja Selangor memaklumkan Baginda berdua turut meraikan Tan Sri Asfia yang ditemani isteri Puan Sri Dato’ Fatimah Mohd Iskandar dalam satu majlis santapan tengah hari.

“Baginda berkenan membawa Tan Sri Afia melawat ke sekitar Istana Alam Shah serta Masjid Istana Diraja untuk menunjukkan koleksi-koleksi bersejarah yang disimpan di istana ini,” menurut kenyataan di Facebook.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menunjukkan koleksi bersejarah yang disimpan di Istana Alam Shah, Klang kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar pada 18 Februari 2023. Foto Facebook Selangor Royal Office

 


Pengarang :