Tangkap layar beberapa babak dalam teaser drama Selalu Ada di Facebook Media Selangor. Drama khas terbitan Kerajaan Selangor sempena Aidilfitri ditayang kepada penonton di saluran TV2 jam 9 malam pada 3 Mei 2023
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pelbagai bantuan Selangor untuk rakyat digarap secara kreatif dalam drama Selalu Ada

SHAH ALAM, 3 MEI: Pelbagai bentuk bantuan diterima segenap lapisan rakyat menerusi Iltizam Selangor Penyayang (ISP) digarap secara kreatif dalam drama Selalu Ada yang menemui penonton di saluran TV2 malam ini.

Drama kemasyarakatan yang memaparkan elemen kekeluargaan dan persahabatan sepanjang 45 minit mengadunkan dialog pelakon, paparan papan iklan, siaran radio serta poster dalam beberapa adegan bagi mempromosi inisiatif Kerajaan Negeri untuk rakyat Selangor manfaatkan.

Tangkap layar beberapa babak dalam teaser drama Selalu Ada di Facebook Media Selangor. Drama khas terbitan Kerajaan Selangor sempena Aidilfitri ditayang kepada penonton di saluran TV2 jam 9 malam pada 3 Mei 2023

Antaranya termasuk inisiatif baucar Jom Shopping, Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), Bas Smart Selangor dan Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE).

Selain itu, Skim Iltizam Selangor Sihat (ISS), program Iltizam Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Selangor (IMPAK Selangor) dan Anak Istimewa Selangor (AnIS).

Drama arahan Che Mie terbitan Kerajaan Selangor yang akan diulang tayang pada 13 Mei di saluran TV2 jam 9.00 malam menampilkan barisan pelakon popular tanah air seperti Erra Fazira, Sophia Albarakbah, Syafie Naswip, Datuk Jalaluddin Hassan, Kazar Saisi dan Ropie.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan EXCO Kebudayaan Borhan Aman Shah turut membuat penampilan istimewa dalam drama berkenaan.

Tangkap layar beberapa babak dalam teaser drama Selalu Ada di Facebook Media Selangor. Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turut membuat penampilan istimewa dengan memegang watak sebagai Mat, seorang penjual daging dalam drama yang menemui penonton di saluran TV2 jam 9 malam pada 3 Mei 2023

Borhan sebelum ini memaklumkan drama berkenaan juga merupakan kesinambungan program Senandung Aidilfitri yang dihasilkan ketika pandemik Covid-19 pada 2020.

Kerajaan Selangor menyediakan peruntukan RM600 juta setahun untuk menjayakan ISP bagi memastikan kebajikan rakyat terbela menerusi lebih 40 pakej bantuan.

Program itu antaranya memanfaatkan bayi, kanak-kanak, wanita, pelajar, orang kurang upaya, petani dan peniaga kecil dalam pelbagai bidang termasuk kesihatan, pendidikan, perumahan dan keusahawanan.


Pengarang :