Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas SPR bagi mengumumkan tarikh penamaan calon dan mengundi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah di Putrajaya pada 5 Julai 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

252 pasukan penguat kuasa ditubuh pantau aktiviti kempen sepanjang PRN

SHAH ALAM, 5 JULAI: Sebanyak 252 pasukan penguat kuasa kempen ditubuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepanjang tempoh berkempen bagi pilihan raya umum Dewan Undangan Negeri (PRN).

Pengerusinya berkata pasukan yang turut dianggotai polis, pihak berkuasa tempatan dan wakil calon bertanding ditugaskan untuk memantau aktiviti kempen selama dua minggu bermula 29 Julai.

“SPR juga melantik 245 pegawai pengurus pilihan raya dan 740 penolong pegawai pengurus sepanjang tempoh PRN nanti,” kata Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau memaklumkan SPR akan menggunakan daftar pemilih pilihan raya, iaitu daftar pemilih terkini sehingga daftar pemilih tambahan April 2023 yang dikemas kini sehingga 21 Jun.

“Daftar pemilih bagi PRN kali ini mengandungi seramai 9,773,571 orang pemilih,” katanya.

Terdahulu, SPR menetapkan 12 Ogos sebagai hari mengundi bagi enam negeri iaitu Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan.

Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 29 Julai, sementara pengundian awal pada 8 Ogos.


Pengarang :