Orang ramai memilih pelbagai barangan asas dalam program Jualan Ehsan Rahmah (JER) Parlimen Kota Raja di Kampung Johan Setia, Klang pada 20 Julai 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan murah libat subsidi lebih RM20 juta, manfaat 4.5 juta penduduk

KLANG, 20 JULAI: Jualan Ehsan Rahmah (JER) anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bagi mengatasi isu kenaikan harga barangan mencatat nilai jualan RM60 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata kutipan sejak tahun lalu merangkumi pemberian subsidi bersasar lebih RM20 juta dari Kerajaan Negeri.

“Sehingga kini dianggarkan lebih 4.5 juta penduduk mendapat menfaat program jualan barangan murah ini dengan penganjuran di 2,400 lokasi seluruh negeri.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi ketika Jualan Ehsan Rahmah (JER) Parlimen Kota Raja di Kampung Johan Setia Klang pada 20 Julai 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Objektif utama kita untuk membantu rakyat terutama golongan berpendapatan rendah. Program ini tawarkan harga jualan 30 peratus lebih rendah dari pasaran,” katanya ditemui dalam program JER Parlimen Kota Raja di sini hari ini.

Mohamad Khairil berkata ayam, telur dan minyak menjadi produk paling laris serta mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penduduk.

“Selain harga rendah, produk dijual juga berkualiti. Sebab itu semua lokasi penganjuran mendapat sambutan menggalakkan malah penduduk juga mahu ia kerap diadakan,” katanya.

Pengunjung membeli pelbagai barangan asas pada harga murah dalam program Jualan Ehsan Rahmah (JER) Parlimen Kota Raja di Kampung Johan Setia, Klang pada 20 Julai 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

JER diperkenalkan tahun lalu menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Mulai minggu lalu, PKPS turut menjual minyak masak peket sekilogram serendah RM2 sebungkus di beberapa kawasan terpilih dengan kuantiti 170 bungkus untuk setiap lokasi.

PKPS juga pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi membantu persiapan Jualan Ehsan Rahmah (JER) Parlimen Kota Raja di Kampung Johan Setia, Klang pada 20 Julai 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Pengarang :