Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1445H Perpaduan Tanjong Karang di Kampung Raja Musa Tanjong Karang pada 19 Julai 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB seru kekalkan perpaduan, elak perpecahan bawa kerugian

KUALA SELANGOR, 20 JULAI: Masyarakat terutama umat Islam diingatkan supaya mengekalkan perpaduan sedia ada dan mencegah perpecahan yang hanya membawa kepada kehancuran.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata perpecahan yang berlaku tidak membawa kepada kebaikan, sebaliknya merugikan negara dan boleh mencetuskan pergaduhan.

“Elemen perpecahan yang membawa kepada kehancuran dan pergaduhan merugikan kerana berpecah-belah pada perkara kecil, apatah lagi ia membawa nama Islam.

“Sedangkan mengucap dua kalimah syahadah dan solat sama tetapi pendekatan yang berbeza ini tidak membawa kepada kebaikan terhadap Islam dan Melayu majoritinya,” katanya di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Amirudin yang juga pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor menyeru rakyat menilai sesuatu perkara dengan akal yang sihat menjelang pilihan raya negeri (PRN) kelak.

“Hendak pilihan raya ini, kita dengar macam-macam tetapi kena nilai dengan akal yang sihat dan ilmu pandangan supaya tidak terbawa-bawa.

“Benar kita mahu bangunkan negara dan negeri khususnya dengan nilai Islam, tetapi ilmu pengetahuan dan maklumat. Bukannya semangat meluap-luap yang akhirnya tidak membawa kebaikan,” jelasnya.


Pengarang :