Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada majlis sambutan Maal Hijrah 1445H Perpaduan Tanjong Karang di Kampung Raja Musa, Tanjong Karang pada 19 Julai 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

PM, MB sambut Maal Hijrah bersama ratusan penduduk Tanjong Karang

KUALA SELANGOR, 20 JULAI: Ratusan penduduk hadir ke sambutan Maal Hijrah bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Raja Musa, Tanjong Karang di sini malam ini.

Turut hadir Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada majlis yang diadakan di kediaman penduduk, Surteni Mat Sahri.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersalaman dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyambut kehadiran Perdana Menteri ke majlis sambutan Maal Hijrah 1445H Perpaduan Tanjong Karang di Kampung Raja Musa, Tanjong Karang pada 19 Julai 2023.Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/ SELANGORKINI

Kehadiran Anwar disambut meriah dengan paluan kompang dan beliau juga sempat berswafoto dengan penduduk.

Sepanjang majlis, penduduk sanggup berdiri dan mendengar ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu di skrin gergasi.

Orang ramai menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada majlis sambutan Maal Hijrah 1445H Perpaduan Tanjong Karang melalui skrin gergasi di Kampung Raja Musa, Tanjong Karang pada 19 Julai 2023.Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Anwar dalam ucapannya turut menyuarakan kegembiraan dengan kehadiran penduduk selain kemesraan yang ditunjukkan antara satu sama lain.


Pengarang :