AGENDAJENAYAH

Pekerja pembersihan temui mayat bayi perempuan dalam tong sampah

GEORGETOWN, 28 SEPT: Mayat bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditemukan dalam tong sampah di kawasan flat di Farlim, di sini hari ini.

Mayat bayi tanpa pakaian tersebut ditemukan pada kira-kira 10 pagi oleh sekumpulan pekerja pembersihan yang sedang menjalankan kerja di situ yang kemudian melaporkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat bayi berkenaan dan siasatan lanjut berhubung kes itu sedang dijalankan.

“Setakat ini tiada tangkapan lagi, namun pihak polis sedang mengesan mereka yang terlibat dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubung kami bagi membantu siasatan,” katanya.

Katanya mayat bayi itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

– BERNAMA


Pengarang :