Pasukan Selangor FC B18 mengekalkan kejuaraan Piala Belia 2023 selepas menewaskan JDT FC IV di Stadium UiTM Shah Alam pada 17 September 2023. Foto Facebook Selangor FC
AGENDASUKANKINI

Selangor FC kekalkan kejuaraan Piala Belia 2023, tewaskan JDT FC

Oleh Fitri Hazim Hazam

SHAH ALAM, 18 SEPTEMBER: Selangor FC B18 berjaya mengekalkan kejuaran Piala Belia dua tahun berturut-turut selepas menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) IV dengan agregat 4-3 pada aksi final kedua di Stadium UiTM Shah Alam, malam tadi.

Kekuatan kedua-dua pasukan menjulang Piala Belia tahun ini dilihat seimbang serta terbuka selepas terikat 1-1 pada aksi akhir pertama minggu lalu.


Pasukan Selangor FC B18 mengekalkan kejuaraan Piala Belia 2023 selepas menewaskan JDT FC IV di Stadium UiTM Shah Alam pada 17 September 2023. Foto Facebook Selangor FC

Pada perlawanan itu Selangor FC B18 mencatat kemenangan 3-2 dengan aksi sengit kedua-dua pasukan yang saling berbalas serangan.

Tandukan Amirul Izwan pada babak akhir perlawanan minit ke-88 memastikan Gergasi Merah mengekalkan trofi kejuaraan di Lembah Klang.

Untuk rekod kejayaan itu koleksi keempat skuad berkenaan selepas meraih kejuaraan pada 2013, 2015 dan 2022.


Pengarang :