Ahli Lembaga Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor, Dato’ Mohd Tamyes Abdul Wahid melakukan simbolik pelantikan ketua dan penolong amil kariah pada 29 September 2023. Foto Facebook LZS
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Zakat Selangor lantik 1,878 ketua, penolong amil kariah sesi 2023-2025

SHAH ALAM, 30 SEPT: Lembaga Zakat Selangor (LZS) melantik seramai 1,878 orang Ketua dan Penolong Amil Kariah (PAK) di seluruh negeri ini bagi sesi 2023-2025.

Menurut LZS simbolik pelantikan itu disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid pada Bengkel Induksi Gerak Kerja Penolong Amil Kariah pada Jumaat.

“Bengkel induksi yang berlangsung selama dua hari ini dihadiri 108 PAK daerah Petaling melibatkan 76 buah masjid kariah.

“Dalam bengkel tersebut, mereka diberi pendedahan dan pemahaman berkaitan peranan PAK membantu LZS bagi menjalankan aktiviti siasatan, bancian serta semakan permohonan bagi asnaf fakir, miskin, mualaf dan gharimin,” katanya di Faceebook.

Menurut LZS, peserta turut diberi penerangan dan kaedah pengiraan terkini haddul kifayah yang diguna pakai bermula Julai tahun ini.

Peserta juga diberi taklimat dan latihan berkaitan gerak kerja menggunakan Sistem Portal PAK.

“Melalui bengkel yang dilaksanakan, LZS dapat membangun sistem pengurusan PAK yang lebih efisien dan gerak kerja lebih sistematik bagi menyantuni asnaf di seluruh Selangor,” katanya.


Pengarang :