AGENDANASIONAL

KL, empat daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 4 petang

SHAH ALAM, 2 OKT:  Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan melibatkan empat daerah di Selangor hingga 4 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan daerah terlibat ialah Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat

Cuaca sama dijangka melanda Kuala Lumpur serta beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :