Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga dari Akademi Ragbi Selangor (ARAS) muncul juara Kejohanan Ragbi MCKK Primer 7s 2023 selepas menewaskan Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) di padang Kolej Melayu Kuala Kangsar, pada 2 Oktober 2023. Foto Facebook CKK Premier 7s
AGENDASUKANKINI

Akademi Ragbi Selangor juara kejohanan MCKK Primer 7s 2023

SHAH ALAM, 2 OKT: Akademi Ragbi Selangor (ARAS) muncul juara Kejohanan Ragbi Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) Primer 7s 2023 selepas menewakan wakil dari Pahang, semalam.

ARAS yang diwakili Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga menewakan Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) dengan keputusan 24-0 dalam perlawanan di padang MCKK.

Lebih membanggakan dua pemain ARAS Anas Zulkarnain Mizan dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir manakala Wan Danial Syazwan Wan Zulkifli pula dianugerahkan Pemain Terbaik Kejohanan.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa.


Pengarang :