EXCO Pembudayaan Inovasi Dr Mohammad Fahmi Ngah bergambar bersama pemenang selepas menyampaikan hadiah pemenang ketika ketika Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (MPIPANS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 22 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MPAJ rangkul enam anugerah inovasi, bawa pulang wang tunai RM34,500

KUALA LUMPUR, 22 OKT: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berjaya merangkul enam anugerah pada Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (MPIPANS) 2023 di Ekspo Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (SRIE) Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023.

Bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), MPAJ dinobat johan kategori Inovasi Sosial (Penciptaan) dan memenangi Anugerah Projek Inovasi Hibrid Terbaik, Projek Inovasi Primer Terbaik dan Dokumentasi Terbaik.

Membawa pulang wang tunai jumlah keseluruhan RM34,500, MPAJ turut memenangi tempat ketiga kategori Inovasi Penyampaian Perkhidmatan (Penciptaan) dan Inovasi Sosial (Penambahbaikan).

Semua anugerah tersebut disampaikan EXCO Pembudayaan Inovasi Dr Mohammad Fahmi Ngah kepada Yang Dipertua MPAJ Dr Ani Ahmad.

EXCO Pembudayaan Inovasi Dr Mohammad Fahmi Ngah menyampaikan hadiah kepada johan Kategori Inovasi Sosial (Penciptaan) ketika Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (MPIPANS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 22 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pada majlis sama, Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Platform Selangor turut menjadi juara kategori Inovasi Sosial (Penambahbaikan) dan anugerah Persembahan Video Terbaik.

MPK yang diwakili Yang Dipertuanya Noraini Roslan turut menang tempat kedua kategori Inovasi Sosial (Penambahbaikan) dan tempat ketiga kategori Inovasi Penyampaian Perkhidmatan (Penambahbaikan).

Selain itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang diwakili Datuk Bandar Dr Nor Fuad Abdul Hamid pula menerima Anugerah Produk Harapan 2023 menerusi sistem e-notifikasi yang julung kali diwujudkan di ekspo tersebut.

EXCO Pembudayaan Inovasi Dr Mohammad Fahmi Ngah menyampaikan hadiah kepada johan Kategori Inovasi Sosial (Penambahbaikan) ketika Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (MPIPANS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 22 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Selain SRIE, SIBS turut mengetengahkan acara lain merangkumi Ekspo Antarabangsa Selangor (Makanan dan Minuman), Ekspo Antarabangsa Selangor (Perubatan), Ekspo Taman Perindustrian Selangor, Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor dan Persidangan Perniagaan Asia.

SIBS 2023 yang memasuki edisi ketujuh membuka tirai pada 19 Oktober lalu di KLCC menyediakan hampir 1,050 reruai.

Menjangkakan kehadiran 50,000 pengunjung termasuk pelawat dari luar negara, SIBS yang dianjurkan sejak 2015 membuka potensi penerokaan bidang baharu termasuk inovasi dan teknologi selain menjamin masa depan generasi muda.

Pada kali ini, antara negara terlibat menyertai ialah China, Itali, United Kingdom, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam,Filipina, Bangladesh, Taiwan, Korea Selatan Jepun dan Kazakhstan.

EXCO Pembudayaan Inovasi Dr Mohammad Fahmi Ngah menyampaikan hadiah kepada johan Kategori Inovasi Penyampaian Perkhidmatan (Penambahbaikan) ketika Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (MPIPANS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 22 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :