Pemain Selangor FC ketika beraksi menentang Kedah Darul Aman FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 2 November 2023. Foto Selangor FC
AGENDASUKANKINI

Liga Super: Selangor FC tewaskan Kedah Darul Aman FC 1-0

SHAH ALAM, 2 NOV: Skuad Selangor FC berjaya menewaskan Kedah Darul Aman FC pada aksi Liga Super 2023 di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini.

Kemenangan itu terus mengukuhkan kedudukan pasukan itu di tangga kedua dengan 58 mata sebelum pertembungan terakhir menentang PDRM FC pada 17 Disember ini, lapor Berita Harian.

Selangor memecah kebuntuan apabila penyerangnya, Aaron Del Valle berjaya menjaringkan gol hantaran Brendan Gan pada minit ke-64 sekali gus menceriakan penyokong pelawat.

Kedah cuba bangkit menerusi percubaan Manuel Hidalgo pada minit ke-79 selepas mendapat hantaran pemain gantian Fayadh Zulkifli, namun percubaan itu berjaya diselamatkan Somerville.

Di hujung babak kedua, pertahanan Kedah, Wan Amirul Afiq hampir membolosi gawang Selangor namun percubaannya tersasar sekali gus mengecewakan penyokong Sang Kenari.

Kedudukan pasukan selepas perlawanan tunggal Liga Super 2023 antara Kedah menentang Selangor

Grafik sumber BERNAMA


Pengarang :