Kerajaan memberikan tol percuma sempena perayaan Deepavali. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Tol percuma pada 23 dan 26 Disember sempena Krismas

SHAH ALAM, 21 DIS: Pengguna lebuh raya membabitkan semua jenis kenderaan akan menikmati tol percuma selama dua hari pada 23 dan 26 Disember sempena sambutan Krismas.

Kementerian Kerja Raya memaklumkan pemberian kemudahan itu hasil persetujuan dicapai dalam mesyuarat bersama syarikat konsesi selaras semangat Malaysia Madani, lapor Berita Harian.

“Kerajaan bersetuju memberikan tol percuma selama dua hari kepada pengguna lebuh raya bagi semua jenis kenderaan bersempena sambutan Krismas.

“Ia akan membabitkan semua plaza tol kecuali di sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Johor Darul Takzim,” katanya.

Menurut kementerian itu, pemberian tersebut diharap dapat meringankan beban perjalanan rakyat yang merancang pulang ke kampung halaman atau bercuti sempena musim cuti sekolah.

 


Pengarang :