AGENDANASIONAL

Kanak-kanak umur setahun tiga bulan lemas di kawasan paya

PASIR MAS, 21 DIS: Seorang kanak-kanak warga Thailand ditemukan lemas di kawasan paya berdekatan Taman Rantau Baru di Rantau Panjang, di sini, 2.20 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Panjang Shapawi Stapa berkata sepasukan anggota BBP itu digerakkan ke lokasi sejurus menerima laporan pada 12.22 tengah hari berhubung kejadian melibatkan mangsa Firdaus Mohd Faisal berusia satu tahun tiga bulan.

“Mangsa ditemukan pada pukul 2.20 petang oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) yang melakukan pencarian di kawasan mangsa dilaporkan hilang.

“Jenazah mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Unit Forensik Hospital Pasir Mas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

— BERNAMA


Pengarang :