AGENSISELANGOR

Daftar rumah anak yatim bawah Yide, kebajikan penghuni lebih terjaga

SHAH ALAM, 7 JAN: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) mengalu-alukan pengendali rumah anak yatim di Selangor mendaftar dibawah seliaan yayasan itu agar kebajikan penghuni lebih terjamin.

Menurut Yide permohonan boleh dibuat di laman www.yide.com.my atau hubungi Muhammad Zubair Azizan di talian 03-3345 9900 atau 017-756 9476 untuk maklumat lanjut.

“Pihak Yide mengalu-alukan dan membuka pendaftaran Rumah Anak Yatim di bawah seliaan Yide kepada mana-mana pihak yang mengendalikan rumah anak yatim di negeri Selangor. agar kelangsungan kebajikan anak-anak yatim sentiasa diberi perhatian.

“Ayuh bersama-sama kita menerangi kehidupan mereka dengan sokongan dan keprihatinan kita!,” kata agensi itu menerusi Facebook.

Terdahulu, Yide memaklumkan pihaknya mengadakan ziarah ke Pusat Jagaan Rumah Kesayangan yang menempatkan seramai 15 orang anak yatim di Seksyen 3 Petaling Jaya pada 4 Januari lalu.

Kunjungan itu merupakan inisiatif Yide untuk mengenal pasti keperluan semasa di rumah anak yatim agar kebajikan anak-anak yatim sentiasa diberi perhatian dan terjaga.

“Pusat ini telah beroperasi selama 10 tahun dan telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya lagi.


Pengarang :