PBTSELANGOR

MBPJ buka kaunter di lokasi strategik, mudahkan orang ramai bayar cukai taksiran

SHAH ALAM, 17 JAN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membuka kaunter bergerak Februari ini bagi memudahkan orang ramai membayar cukai taksiran.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu bermula 10 pagi hingga 3 petang, tiga kaunter bergerak akan beroperasi pada 17 dan 18 Februari di SS24 Taman Megah, PJS8 Desa Mentari (24 dan 25 Februari) dan SD12/1 Sri Damansara (28 dan 29 Februari).

Selain itu, operasi kaunter pejabat MBPJ turut dibuka bermula 10 pagi hingga 4 petang pada 17, 18, 24 dan 25 Februari.

“Pengoeprasian ini adalah sempena musim pembayaran cukai taksiran penggal 1/2024,” katanya di Facebook.

Maklumat lanjut hubungi 03-79563544 (sambungan 102,103,108,109) atau bayar melalui ePAY@MBPJ di www.mbpj.gov.my atau perbankan internet melalui JomPAY.


Pengarang :