Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid (tengah) bergambar bersama tenaga pengajar dan murid Sekolah Kebangsaan Lelaki Jalan Batu, Kuala Lumpur dalam Program Back to School bersama Ketua Polis Kuala Lumpur pada 16 Januari 2024. Foto BERNAMA
AGENDAJENAYAH

Polis tunggu laporan patologi sebelum ambil tindakan terhadap empat anggotanya

KUALA LUMPUR, 16 JAN: Polis menunggu laporan patologi sebelum meneruskan pendakwaan terhadap empat anggotanya yang ditahan selepas disyaki terlibat kegiatan memproses dan mengedar ketum pada 4 Januari lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata laporan patologi itu mungkin mengambil masa dua hingga tiga minggu.

“Kita tunggu laporan patologi untuk tentukan sama ada boleh teruskan untuk proses pendakwaan. Dari segi tatatertib, kita sudah ambil tindakan sebelum ini iaitu tahan kerja empat anggota terbabit,” katanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berucap pada Program Back to School bersama Ketua Polis Kuala Lumpur di Sekolah Kebangsaan Lelaki Jalan Batu, Kuala Lumpur pada 16 Januari 2024. Foto BERNAMA

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program ‘Back to School’ di Sekolah Kebangsaan Lelaki Batu di Jalan Raja Laut di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan tujuh individu termasuk enam anggota polis ditahan kerana disyaki terbabit kegiatan memproses dan mengedar air ketum di sebuah rumah di Brickfields.

Bagaimanapun, dua daripada enam anggota terbabit dibebaskan dan telah diambil keterangan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

– BERNAMA


Pengarang :