AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Amaran hujan lebat, ribut petir di Selangor, KL, Putrajaya hingga 7 malam

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 16 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramal hujan lebat dan ribut petir melanda Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 7 malam ini.

Agensi itu menerusi Facebook berkata hujan disertai ribut petir dijangka turut melanda Labuan dan beberapa daerah di Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :