Dekorasi naga dengan limpahan lampu neon dan LED berwarna-warni di Tokong Si Thian Kong, Kuala Pilah menaikkan semangat masyarakat Cina untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Gambar dirakam pada 4 Februari 2024. Foto Facebook BERNAMA
BERITA UTAMAPENDAPATRENCANA

Tahun Naga Kayu gambaran stabil, makmur, sejahtera

Saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina 2024 kepada seluruh komuniti Tionghoa khususnya di Selangor serta di seluruh Malaysia.

Saya yakin perayaan Tahun Baharu Cina kali ini akan disambut dengan penuh meriah, dan masyarakat Tionghoa dapat mengambil peluang hujung minggu yang panjang untuk kembali ke kampung halaman, berkunjung ke rumah ibu bapa serta meluangkan masa dengan keluarga untuk menyambut perayaan yang paling penting bagi komuniti Cina.

Aspek yang sentiasa diketengahkan pada ambang setiap sambutan Tahun Baharu adalah semangat kekeluargaan dan kepentingan mentaati ibu bapa yakni salah satu elemen terpenting dalam ajaran Confucius.

Menurut astrologi Cina, terdapat 12 haiwan yang menggambarkan tanda-tanda Zodiak Cina. Tahun 2024 melihat kembali Naga Kayu setelah 60 tahun berlalu. Ini disebabkan setiap haiwan dikatakan mempunyai 5 elemen menurut fahaman astrologi Cina, iaitu api, tanah, logam, air, dan kayu.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari mengujungi rumah masyarakat cina ketika Jelajah Menteri Besar Sempena Tahun Baru Cina Parlimen Gombak di Taman Sri Gombak, Gombak pada 24 Januari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Naga Kayu yang juga dikenali sebagai Jia Chen dalam bahasa Cina adalah unik kerana merupakan kombinasi keutuhan kayu yang menggambarkan kestabilan, kesetiaan, dan kejujuran, manakala naga itu sendiri mempunyai kedudukan khas dalam fahaman Cina yang membawa maksud kekuatan, kebijaksanaan, dan kemakmuran.

Pemaknaan simbol ini hadir tepat pada waktunya, apabila negara kita bertambah kukuh dan stabil, dan ini merupakan asas untuk kemakmuran rakyat dan negara dapat dicapai.

Memasuki penggal kedua di Selangor, saya telah menekankan kepada seluruh pasukan saya bahawa keutamaan penggal ini adalah untuk melaksanakan segala perancangan yang telah disusunaturkan pada penggal lalu.

Prioriti di Selangor adalah untuk menjadikan negeri ini sebagai destinasi pelaburan utama bukan sekadar di Malaysia, tetapi destinasi pelaburan utama di Asia Tenggara.

Selangor akan memberi fokus kepada industri baharu seperti kecerdasan buatan (AI) yang mengoptimumkan industri pembuatan terutamanya yang beralih kepada automasi, industri pembuatan dron di Selangor, serta industri berteknologi tinggi seperti digitalisasi dan cip mikro.

Pada tahun ini, saya akan membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama yang akan merangkumi usaha-usaha ini serta memberi penekanan agar kualiti perkhidmatan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan dapat terus diperbaiki bagi keselesaan rakyat.

Selangor akan memberikan penekanan bukan sahaja kepada pembangunan infrastruktur baharu tetapi meningkatkan kualiti penyelenggaraan infrastruktur yang telahpun dibina.

Pada masa yang sama, komitmen Kerajaan Negeri untuk membantu kanak-kanak terus diperkukuhkan dengan meningkatkan jumlah pelajar yang bakal menerima tuisyen rakyat secara percuma bagi manfaat lebih 100,000 anak Selangor. Kerajaan Negeri juga telah meningkatkan baucar Jom Shopping Perayaan daripada RM100 kepada RM200 bagi keluarga di negeri Selangor.

Seramai 82,400 penerima dijangka menerima manfaat sempena perayaan-perayaan utama taun ini, iaitu Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, dan perayaan kini iaitu Tahun Baharu Cina.

Akhir sekali, saya mendoakan agar anda semua sentiasa dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan. Dengan doa dan harapan tersebut, saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua yang akan disambut selama 15 hari bermula pada dengan makan malam bersama keluarga pada hari sebelum Tahun Baharu Cina.

Xin Nian Kuai Le
Yi Ben Wan Li
Zhu Bao Ping An
Gong Xi Fa Cai
buat anda semua

DATO’ SERI AMIRUDIN SHARI
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

_____________________________________________________________________________

Semoga tahun naga membawa semangat baharu, kemajuan, kebahagiaan dan kesihatan yang baik untuk semua. Kita telah sebati dengan kesatuan dalam pelbagai budaya dan perayaan diraikan bersama-sama. Ia memupuk semangat perpaduan, toleransi beragama dan keharmonian antara kaum. Tidak lengkap kemajuan yang dicapai tanpa persepaduan kaum yang ada

 

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Haris Kassim. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/ SELANGORKINI

DATO’ SETIA HARIS KASIM
Setiausaha Kerajaan Negeri

Sebagaimana signifikasi Tahun Baharu Cina melambangkan titik permulaan baharu dalam kehidupan, begitu jua tekad dan keazaman kita semua dalam menempuhi tahun baharu 2024 ini. Semoga semangat tahun naga kali ini memberi kemakmuran dan kegemilangan di tahun 2024. Gong Xi Fa Cai!

DATO’ SALIM SOIB@HAMID
Penasihat Undang-undang Negeri

Semoga anda dan keluarga diberikan kegembiraan dan semangat muhibah dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Semoga tahun baharu ini menyemarakkan lagi semangat sehati sejiwa meskipun kita berbeza agama, budaya dan bangsa. Xin Nian Kuai Le! Gong Xi Fa Cai! Selamat menyambut Tahun Baharu Cina

DATO’ DR AHMAD FADZLI AHMAD TAJUDDIN
Pegawai Kewangan Negeri

Buat semua rakan-rakan di Selangor yang amat dihormati. Pada tahun naga ini saya mengucapkan selamat maju jaya dan murah rezeki kepada anda semua. Saya juga berharap kita sentiasa hidup dalam keadaan aman bahagia

NG SZE HAN
EXCO Pelaburan, Perdagangan & Mobiliti

Tahun Baharu Cina adalah masa yang indah untuk semua ahli keluarga menikmati masa bersama. Saya mengucapkan selamat tahun baharu kepada mereka berbangsa Cina di Selangor dan saudara mara serta sahabat handai. Semoga terus berjaya dalam kehidupan masing-masing. Gong Xi Fa Cai!

IR IZHAM HASHIM
EXCO Infrastruktur & Pertanian

Saya mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina kepada semua warga Cina di Malaysia dan Selangor khususnya. Semoga di tahun baru ini, kita akan terus mengukuhkan perpaduan, selamat, bahagia, dan kehidupan berjalan lancar. Marilah kita bersama-sama mencipta masa depan lebih baik untuk Selangor

BORHAN AMAN SHAH
EXCO Perumahan & Kebudayaan

Saya sangat teruja! Dengan itu mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina kepada anda semua, semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dan berjaya dalam tahun naga! Perniagaan akan menguntungkan dan jadi lebih baik

DATO’ NG SUEE LIM
EXCO Kerajaan Tempatan & Pelancongan

Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua kaum Cina di Selangor. Semoga tahun baharu membawa kebahagiaan dan kejayaan kepada anda sekeluarga. Saya berharap semua kaum hidup bersama lebih harmoni dan mengeratkan persahabatan antara satu sama lain

DATUK RIZAM ISMAIL
EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan & Pengguna

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Saya berharap pada tahun baharu ini, rakyat akan lebih bersatu padu supaya kerajaan dapat mempromosikan pembangunan dan kemajuan lebih berkesan. Jaga keselamatan dan kesihatan semasa meraikan Tahun Baharu Cina. Semoga kedatangan tahun baharu ini disambut meriah

JAMALIAH JAMALUDDIN
EXCO Kesihatan Awam & Alam Sekitar

Saya mengucapkan selamat tahun baharu kepada semua warga Cina di seluruh negara dan di Selangor. Semoga ia membawa kemakmuran, kebahagiaan dan kesihatan

NAJWAN HALIMI
EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan

Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua kaum Cina di Selangor! Semoga tahun baharu membawa kejayaan, kebahagiaan dan perpaduan nasional yang lebih kukuh kepada semua

DR MOHAMMAD FAHMI NGAH
EXCO Agama Islam & Pembudayaan Inovasi

Tahun Baharu Cina menjelma lagi. Saya ucapkan selamat menyambut tahun naga kepada seluruh rakyat Malaysia dan khususnya kaum Cina di Selangor

 

Ahli Dewan Negeri (ADN) Banting V Papparaidu.Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

PAPPARAIDU VERAMAN
EXCO Sumber Manusia & Pembasmian Kemiskinan

Saya mengucapkan selamat menyambut Tahun Naga kepada semua. Semoga kita semua sentiasa makmur dan maju

ANFAAL SAARI
EXCO Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat


Pengarang :