Orang ramai berbelanja pada Jualan Ehsan Rahmah (JER) di pasar raya Segi Fresh Teluk Panglima Garang pada 30 September 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah di sembilan pasar raya Segi Fresh hujung minggu ini

SHAH ALAM, 21 MAC: Warga Selangor berpeluang mendapatkan barangan keperluan asas pada harga murah menerusi Jualan Ehsan Rahmah (JER) di sembilan pasar raya Segi Fresh Sabtu dan Ahad ini.

Program kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dengan kerjasama Segi Fresh dijadual berlangsung Sabtu ini di cawangan Gombak, Bandar Saujana Putra, Banting dan Klang Sentral.

Manakala pada Ahad di cawangan Taman Amaniah Batu Caves, Sri Muda, Jeram, Bandar Mahkota Banting dan Awani Bangi.

“Jualan rahmah kasih sayang istimewa untuk semua penduduk Selangor. Dalam semangat Ramadan yang penuh berkat, nikmati penjimatan yang luar biasa untuk semua keperluan harian anda.

“Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan produk berkualiti dengan harga istimewa. Sila tunjukkan MyKad anda untuk dapatkan kupon daripada staf Segi Fresh,” kata Segi Fresh menerusi Facebook.

Pada Julai tahun lalu, PKPS menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Segi Fresh bertujuan memperluas capaian jualan murah anjuran Kerajaan Negeri.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.

 


Pengarang :