Jentera Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) memasang bendera di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerang, Ayer Hitam sempena pilihan raya negeri Johor ketika tinjauan pada 3 Mac 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKIN
AGENDANASIONAL

Konvensyen Khas 25 Tahun KEADILAN diawalkan Ahad ini, berlangsung di IDCC

KUALA LUMPUR, 15 APRIL: Konvensyen Khas 25 Tahun Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang dijadualkan berlangsung pada 28 April, diawalkan kepada hari Ahad ini.

Ketua Penerangannya Fahmi Fadzil berkata lokasi program itu turut ditukar dari Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam, Selangor kepada Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam.

“Tarikh asal pada 28 April, tapi diawalkan pada 21 April dan lokasi baharu di IDCC,” katanya ringkas kepada Bernama, hari ini.

Sebelum ini, KEADILAN menetapkan selepas konvensyen khas itu, Malam Sambutan 25 Tahun KEADILAN akan diadakan pada 11 Mei 2024 di Sentul Depot di sini.

Malam Sambutan 25 Tahun itu dijadual berlangsung sepanjang hari dengan acara kemuncaknya penyampaian Amanat Presiden KEADILAN yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

– BERNAMA


Pengarang :