Pengunjung memilih barangan asas ketika program Jualan Ehsan Rahmah (JER) Mega Aidilfitri DUN Sungai Tua di Gua Damai Extreme Park, Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves pada 7 April 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kunjungi jualan murah seawal 6 pagi untuk beli barang keperluan Aidilfitri

GOMBAK, 7 APRIL: Ramai pengunjung khususnya penduduk beratur seawal 6 pagi untuk membeli barangan keperluan pada harga murah di Jualan Ehsan Rahmah (JER) Mega Aidilfitri di Taman Ekstrim Gua Damai di sini, hari ini.

Pegawai Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua B Shanmugam berkata pihaknya menjangkakan kehadiran ramai penduduk ke program anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu.

“Kita terima maklumat, ada yang beratur seawal 6 pagi iaitu selepas waktu sahur kerana enggan melepaskan peluang membeli barangan dapur pada harga berpatutan.


Pegawai Pusat Khidmat Rakyat DUN Sungai Tua, B Shanmugam ditemui dalam program Jualan Ehsan Rahmah (JER) Mega Aidilfitri DUN Sungai Tua di Gua Damai Extreme Park, Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves pada 7 April 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Kita juga menyediakan sistem nombor giliran sebanyak 600 nombor. Semuanya habis dan berjalan lancar,” katanya ketika ditemui Selangorkini.

Sementara itu, pesara, Jan Ishak, 67, bersyukur kerana berpeluang mengunjungi jualan murah yang diadakan berhampiran kediamannya di Kampung Wira Damai, di sini.

Menurut beliau, program JER Mega Aidilfitri itu diadakan tepat pada masanya sekali gus memberi penjimatan kepada penduduk untuk melakukan persiapan meraikan Aidilfitri.

“Hari ini saya beli banyak barang. Ada ayam, daging, sotong, telur dan beras. Ini kali kedua saya datang kerana saya hanya mampu datang di lokasi yang diadakan berhampiran rumah sahaja.


Pesara Jan Ishak, 67, ditemui dalam program Jualan Ehsan Rahmah (JER) Mega Aidilfitri DUN Sungai Tua di Gua Damai Extreme Park, Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves pada 7 April 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Memang dapat jimat banyak. Saya harap ia diadakan selalu kerana ramai penduduk memerlukan jualan seperti ini,” katanya yang meraikan Aidilfitri bersama tiga anak dan sembilan cucu.

Pelajar, Izzatul Adawiyah Marli, 16, berkata beliau tidak kekok hadir berseorangan bagi membantu ibu bapanya membeli barangan persiapan untuk menyambut Aidilfitri.

“Hari ini saya datang sendiri kerana mahu tolong orang tua beli barangan dapur. Sebelum ini pernah datang JER dengan ibu. Ibu maklumkan barang di sini murah dari tempat lain,” katanya.

Pelajar Izzatul Adawiyah Marli, 16, ditemui dalam program Jualan Ehsan Rahmah (JER) Mega Aidilfitri DUN Sungai Tua di Gua Damai Extreme Park, Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves pada 7 April 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Program JER Mega Aidilfitri yang diadakan selama dua hari bermula semalam menawarkan 1,500 ekor ayam serta pelbagai barangan lain di lima lokasi terpilih seluruh negeri.

Antara lokasi terlibat adalah di Pandan Indah, Sabak Bernam, Sungai Tua, Tanjung Sepat dan Kuala Kubu Bharu.

Pengunjung menunggu giliran untuk mendapatkan barangan asas ketika program Jualan Ehsan Rahmah (JER) Mega Aidilfitri DUN Sungai Tua di Gua Damai Extreme Park, Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves pada 7 April 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
Pelbagai barangan asas dijual ketika program Jualan Ehsan Rahmah (JER) Mega Aidilfitri DUN Sungai Tua di Gua Damai Extreme Park, Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves pada 7 April 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
Pengunjung bersama barangan asas yang dibeli ketika program Jualan Ehsan Rahmah (JER) Mega Aidilfitri DUN Sungai Tua di Gua Damai Extreme Park, Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves pada 7 April 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :