Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Hilir Perak menempatkan 209 mangsa daripada 73 keluarga selepas beberapa kawasan dinaiki air dalam kejadian 22 Mei 2024. Foto Facebook APM Daerah Hilir Perak
AGENDANASIONAL

209 mangsa banjir Perak Tengah dipindah ke PPS takat 8 pagi ini

IPOH, 23 MEI: Seramai 209 mangsa daripada 73 keluarga dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan beberapa kawasan di daerah Perak Tengah dinaiki air akibat hujan lebat malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak dalam kenyataan memaklumkan setakat 8 pagi ini, sebuah PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang 3, Parit menempatkan penduduk dari Kampung Serapoh dan Kampung Buloh Akar.

Minggu lalu, daerah itu dan dua lagi daerah iaitu Taiping dan Kuala Kangsar dilanda banjir menyebabkan lebih 500 mangsa berlindung di 10 PPS hampir seminggu.

Hujan lebat berterusan malam tadi turut menyaksikan beberapa kawasan dinaiki air di daerah Manjung, Lahat dan Ipoh.

– BERNAMA


Pengarang :