Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat hampir semua daerah di Selangor, KL hingga 9 malam

SHAH ALAM, 23 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, ribut petir, angin kencang melanda lapan daerah di Selangor hingga jam 9 malam ini.

Daerah berkenaan ialah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Cuaca sama diramal berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

MetMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :