AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat seluruh Selangor, KL hingga 7 malam

SHAH ALAM, 1 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat , ribut petir dan angin kencang melanda seluruh Selangor hingga 7 malam.

Menurut agensi itu di Facebook, cuaca sama diramal berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak dan Melaka selain beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembulan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeuarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

 


Pengarang :