Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan asas pada harga murah ketika program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Bandar Utama di Kampung Cempaka, Petaling Jaya pada 1 April 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Bandar Utama antara empat lokasi jualan barangan PKPS hari ini

SHAH ALAM, 26 MEI: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke empat lokasi hari ini.

Bermula 10 pagi, Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan di Dataran Balai Taman Mutiara (Tanjung Sepat) serta berhampiran 99 Speedmart Jalan Tepi Sungai (Bandar Baru Klang).

Lokasi lain, padang Kayu Ara (Bandar Utama) dan berhampiran Nur Iman Bistro Jalan Pekaka 8/5 (Kota Damansara).

JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :