Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap sempena perasmian pembukaan Festival Turath Islami Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 26 Mei 2024 . Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Festival turath terima sambutan, cadang anjur lebih kerap dalam setahun

SHAH ALAM, 26 MEI: Kerajaan Negeri berhasrat menganjurkan Festival Turath Islami Selangor lebih kerap dalam tempoh setahun susulan sambutan menggalakkan peserta dari serata tempat.

Dato’ Menteri Besar berkata mengikut perancangan, acara mengupas kitab dan syarahan oleh tokoh terkenal itu dianjur dua kali setahun namun sekretariat penganjur mencadangkannya diadakan lebih dari itu.

“Mulanya, festival turath ini dicadangkan anjur dua kali pada setiap tahun. Namun kita lihat acara ini mendapat sambutan dan maklum balas positif.

“Berdasarkan perbicangan dengan sekretariat penganjur, adalah wajar untuk festival ini diadakan lebih kerap,” ucap Dato’ Seri Amirudin Shari ketika Majlis Perasmian Festival Turath Islami Selangor di Dewan Solat Utama, Masjid Negeri di sini, hari ini.

Bekas Mufti Besar Mesir, Sheikh Profesor Dr Ali Jum’ah mengupas kitab Hadith 40 ketika pembukaan Festival Turath Islami Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 26 Mei 2024 . Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pada majlis sama, Amirudin berkata pihaknya berhasrat melaksanakan kajian kitab-kitab warisan Islam secara sistematik dan tersusun.

“Sempena festival turath, Pameran Al-Wahyu turut diadakan. Orang ramai berpeluang melihat sendiri pameran manuskrip berusia ratusan tahun.

“Kerajaan Negeri juga akan bekerjasama dengan Institut Ketamadunan Melayu dari Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mengembangkan usaha kajian manuskrip ini,” katanya.

Festival siri kedua anjuran Kerajaan Selangor menampilkan lebih 20 ulama terkenal, tokoh agamawan dan akademik dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura dalam 12 acara utama dan dijangka disertai 30,000 peserta.

Maklumat lanjut boleh dicapai melalui laman web www.turathislamiselangor.com atau Facebook Festival Turath Islami Selangor.

Orang ramai mendengar kupasan kitab Hadith 40 yang dismpaikan oleh bekas Mufti Besar Mesir, Profesor Dr Ali Jum’ah ketika pembukaan Festival Turath Islami Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 26 Mei 2024 . Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Penggunjung mengimbas Kod QR untuk mendaftar ketika pembukaan Festival Turath Islami Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 26 Mei 2024 . Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :