AGENSISELANGOR

Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 11 malam

SHAH ALAM, 26 MEI: Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 11 malam, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi itu di Facebook turut memaklumkan cuaca sama diramal melanda seluruh seluruh Melaka dan beberapa kawasan di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :