AGENDANASIONAL

Hulu Selangor diramal hujan lebat, ribut petir hingga 2 pagi

SHAH ALAM, 22 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan daerah Hulu Selangor dilanda ribut petir dan hujan lebat hingga 2 pagi.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, amaran cuaca sama dikeluarkan melibatkan beberapa kawasan di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Labuan.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :