Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) Mohd Sabirin Mohd Sarbini (tiga, kanan) menyampaikan sumbangan kepada isteri kemalangan pokok tumbang, Norpahidah Mat Zaman, 43, pada Program Ziarah dan Serahan Sumbangan LZS di Seksyen 24, Shah Alam pada 10 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Isteri mangsa maut dihempap pokok terima bantuan bulanan wang, sewa rumah

SHAH ALAM, 10 MEI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan bantuan kecemasan kepada keluarga Md Rizal Atan, yang maut dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Ahad lalu.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata bantuan awal wang tunai sebanyak RM500 dan bekalan makanan itu diserahkan kepada isteri mangsa Nor Pahidah Mat Zaman, 43, di kediamannya hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) Mohd Sabirin Mohd Sarbini bercakap kepada media selepas menyerahkan sumbangan kepada warismangsa di Seksyen 24, Shah Alam pada 10 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Jelas Mohd Sabirin Mohd Sarbini, waris mangsa juga layak menerima bantuan bulanan wang tunai RM500, sewa rumah dan bekalan makanan di bawah kategori fakir.

“Kita sedang melengkapkan dokumen untuk tindakan selanjutnya. Bantuan bulanan pertama iaitu kewangan kita sasarkan diterima selewat-lewatnya 25 Mei ini.

“Malah, LZS juga melihat kepada bantuan pendidikan yang layak diterima anak mangsa untuk meringkankan belanja persekolahan,” katanya ketika ditemui selepas sesi penyerahan bantuan di sini, hari ini.

Isteri mangsa dihempap pokok tumbang, Norpahidah Mat Zaman, 43. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Sementara itu, Nor Pahidah berkata bantuan LZS amat dihargai dan akan digunakan untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anaknya.

“Tiga anak saya masih bersekolah dan seorang berusia empat tahun. Saya suri rumah dan punca pendapatan memang semuanya daripada arwah suami.

“Buat masa ini saya belum terfikir rancangan seterusnya kerana pemergian ini memang mengejut…terima kasih sangat-sangat kepada pihak yang membantu keluarga saya,” katanya.

Dalam kejadian pada Selasa, Md Rizal yang bekerja sebagai pemantu peribadi maut dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, ketika dalam perjalanan menjemput tetamu syarikat majikannya di hotel.

Pokok itu turut menimpa 17 kenderaan lain selain merosakkan landasan monorel.

Isteri kemalangan pokok tumbang, Norpahidah Mat Zaman, 43, (kanan) bersama anaknya menunjukkan gambar Allahyarham Md Rizal Atan selepas menerima sumbangan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Seksyen 14, Shah Alam pada 10 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :