Pengunjung menunjukkan barangan asas yang dibeli ketika Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Surau Nur Hidayah, Taman Rasa Utama, Hulu Selangor pada 7 Mei 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Seri Setia, Teratai, Bukit Lanjan, Rawang lokasi jualan murah pagi ini

SHAH ALAM, 23 MEI: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menemui orang ramai di empat lokasi hari ini.

Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan di Jalan Permai H Kampung Tasik Permai (Teratai), pekarangan Masjid Cahaya Iman (Rawang), Dewan Bunga Kertas MBSA (Seri Setia) dan Jalan Perdana 8 Indah Perdana (Bukit Lanjan).

JER yang bermula dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :