Orang ramai membeli barangan asas yang dijual murah sempena program Jualan Ehsan Rahmah peringkat DUN Seri Setia di Tapak Parkir Dewan D’Kelana, Kelana Jaya pada 7 Julai 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/ MEDIASELANGOR
AGENSISELANGOR

Jualan murah jimatkan belanja dapur di empat lokasi esok

SHAH ALAM, 26 OGOS: Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) akan menemui orang ramai di empat lokasi esok.

Bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari, program jualan murah barangan dapur itu menawarkan ayam serendah RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

Jualan sama turut menawarkan ikan kembung pada harga RM6 satu pek, minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Lokasi JER pada hari esok adalah seperti berikut:

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

 


Pengarang :